Saturday 25 August 2012

manusie tak pernah puas


 
Aku bernafas di bumi DIA , Aku jejak di bumi DIA , aku bernyawa menggunakan oxygen DIA ,
Aku merasa nikmat udara dari DIA , aku melihat pandangan yang cantik dari DIA . Aku merasa nikmat hidup dari DIA . Segala yang ada pada aku pinjaman dari DIA . Segala-galanya dari DIA . Sesungguhnya hidup dan mati aku hanya kerana ALLAH .








Fuhhh fuhhhh fuhhh ~ *apa tu ? Erk , halau habuk yang bertenggek dekat rumah aku ni . Hehe . Hari tu lupa nak lap lap kasi berkilat sebab tu korang baca sambil bersin-bersin kan ? hewhew *ketawasopan . Okay , kepala sedang kosong sebenarnya ... Tapi aku ada satu benda yang aku nak sampaikan . Jeng jeng jeng ! Apa diaaaaaaa ?

Tentang hargai apa yang ada sekarang . Saat korang tengah mengeluh tentang hidup korang sekarang fikirkan seseorang yang tak punya apa-apa . *nadaserius sambil buke mata luas-luas . Kita selalu dengar orang mengeluh " Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya boleh family macam diorang , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia , Kalaulah saya secantik/sekacak dia , Kalaulah rumah saya besar macam dia , Kalau lah saya dapat mak ayah sporting macam diorang " dan macam-macam lagi . Habis , penampar tak nak *sambil cekak pinggang .

Apa yang kita nak dalam dunia ni , tak semestinya kita dapat . Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada . Bila korang mengeluh "Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia " fikirkan orang yang masih mencari-cari teman hidup . Yang masih mengharapkan seseorang untuk disayangi dan menyayangi , masih mengharapkan seseorang yang hadir dalam hidup dia untuk hiburkan hari-hari dia . Apa yang di tentukan oleh kita adalah sebaik-baiknya . Mungkin ada kelebihan pasangan kita yang kita tak nampak . Lebih baik kita selami hati perasaan pasangan kita daripada kita mengharapkan yang lebih sempurna . Sebab dalam dunia ni tak ada yang sempurna wahai cik adik cik abang :) . Bagi yang masih mencari terutamanya perempuan , jangan merendahkan martabat kamu sebagai seorang wanita demi cinta . Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik untuk hambanya . Pasti akan ada jodoh yang terbaik untuk kamu .

Yang paling teruk sekali orang yang mengeluh , " Kan best kalau saya ada family macam dia , kan best kalau saya ada ibubapa sporting macam dia " Alahai ~ aku dengan bangga nya disini . *berdiri atas meja sambil angkat tangan sebelah macam shin chan nak bagitau yang , orang yang berkata2 macam ni lah yang paling malang . Sebelum tak bersyukur dengan apa yang korang ada , fikirkan orang yang hidup sebatang kara tanpa keluarga ? Yang terpaksa sara hidup seorang diri . Yang tak punyai ibubapa . Yang terpaksa duduk di rumah anak-anak yatim ? Kenapa kita sering tak bersyukur ? Kenapa ? *tercungap-cungap marah . Daripada kita cakap macam tu , cuba eratkan diri dengan keluarga . Cuba fahami adik beradik kita sendiri , cuba jaga hati mak ayah kita sebelum dia menutup mata untuk selamanya . Masa tu jangan nak meraung nak mintak mak ayah kembali sebab dia tak kan kembali . Sesungguhnya tak ada ibubapa yang tak sayang anak-anak dan tak ada ibubapa yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak dia .

Bila korang mengeluh kalau lah " saya punya rumah sebesar rumah dia " cuba fikirkan orang-orang yang berada di jalanan . Tanpa tempat berlindung . Yang berada di bawah-bawah jambatan , di kaki-kaki lima . Walaupun rumah sederhana besar ,  kecil tapi sudah cukup untuk kita hidup bukan ? Apa guna berada dalam rumah besar tetapi berada dalam bahaya ? tanpa ketenangan dan sunyi ?Biar rumah kecil tapi kita tetap rasa bahagia di samping Allah dan keluarga .

Zaman sekarang , orang yang dah kaya , kalau boleh nak kaya lagi ! Sampai sanggup abaikan keluarga sendiri demi kekayaan yang tak pernah puas mereka miliki . Ada juga yang sanggup lakukan benda-benda haram untuk duit . Terlalu mengejar dunia , tanpa berfikir semua itu adalah sementara . Duit tak boleh bawa masuk kubur *volume 100 , Ingat tu . Harta juga tak kan membantu kita masa di akhirat kelak . Bersyukurlah dengan apa yang ada . Jangan terlalu tamak . Manusia yang baik ialah dia tidak lupa urusan akhirat kerana dunianya , dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya :) .

Hakikatnya , manusia memang tak pernah puas . Memang tak salah mengharapkan yang lebih baik . Tapi berpada-pada . Tengok juga pada situasi . Dalam dunia ni tak semua bernasib baik . Pelbagai cerita yang ada di sebalik kesibukan dunia sekarang . Daripada kita mengeluh yang bukan-bukan . Apa salahnya kita mengucapkan syukur atas apa yang kita perolehi . Dan minta kepada Tuhan supaya aturkan yang terbaik untuk hidup kita :)

Sesungguhnya aku ( saye )sedang menasihati korang, bukanlah bererti aku nii yang terbaik dalam kalangan korang - korang semue . Bukan juga yang paling solehah dalam kalangan korang sekalian , kerana aku jugak pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan korang semua ..hmm .. Apa salahnya jika kite saling ingat-mengingati .

# Terima kasih kepade sesiape yang sudi membaca dan support aku punye blog . I do love you guys . Kalau sudi follow lah aku punye twitter . aku selalu di sana  KLIK UNTUK FOLLOW  https://twitter.com/farthiara.. atau pon korang boleh tekan burung biru yang berterbangan dekat wall blog aku ni..:))

Tuesday 14 August 2012

beri aku peluang untuk terus memeluk mama





 
Hye hye dear friend yang cantik dan kacak semuanya :D Bagaimana hari-hari korang ? Ade baik tak ? Harap-harap semua nya baik-baik jer . Ade pun yang tengah bersedih sekarang . Sentiasa ingat yang Allah itu selalu ada bersama kita tak kire waktu . Okay entry aku kali ni bukan untuk cinta kepada kekasih . Tetapi cinta kepada mereka yang bergelar ibu . Kalau korang perasan dah kenapa tajuk entry aku kali ni panjang lebar . Ohoii , nak tahu ? so teruskan membace . Jumpa selepas commercial break . Hahaha , ada rasa nak tarik telinga orang tak ? :p

Okay , bagi aku lah kan . Bukan satu hari je dalam setahun hari ibu , tetapi setiap hari pun hari ibu . Bukan dalam setahun sekali je kita kene hargai ibu tapi setiap saat kita kene hargai mereka . Jasa mereka tak mungkin kita mampu balas . Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka . Kita tak mungkin mampu menjadi setabah seorang ibu , sekuat seorang ibu sehinggalah kita sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu .

Ambil lah peluang untuk menghargai ibu korang selagi dia masih bernafas . Selagi korang mampu melihat dia tersenyum . Kucup lah dahi ibu selagi korang mampu . Peluk lah ibu selagi korang mampu . Jangan sampai nanti korang mengucup ibu korang pada pertama kali dan terakhir kalinya ketika jasad ibu korang hendak dikafankan . Sebelum semuanya terlambat , sebelum korang merintih untuk memeluk dan mengucup mereka setelah mereka tiada , jadi ambil lah peluang yang korang masih ada . Ingat lah , ibu tak sentiasa akan bersama kita .

Sesungguhnya , tiada sutera yang paling lembut melainkan belaian seorang ibu , dan tidak ada tempat yang paling selesa melainkan pangkuan ibu . Ibu tak meminta korang untuk hadiahkan dia barangan yang berharga . Dia hanya mahukan anak yang soleh dan solehah supaya saat dia sudah tiada di dunia nanti . Korang lah orang yang dapat membantu dan menyelamatkan dia untuk ketenangan dia di alam sana dengan sentiasa mendoakan dia dan sentiasa sedekahkan dia dengan ayat-ayat suci al-Quran .

 " MAMA "

" Tak mungkin saya ( alg ) mampu menghitung kasih sayang mama kepada kami adik beradik . Selama sembilan bulan mama mengandungkan kami dengan sabar dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami . Malah , mama cukup tabah ketika atuk pergi tinggalkan kita semua untuk selama-lamanya . Cukup kuat mama menggalas tanggungjawab seorang ibu dan juge sebagai anak dalam satu masa . Sungguh , alg tak tahu adakah alg mampu menjadi setabah mama . Mama wanita yang paling tabah dan hebat yang alg pernah kenal . alg rindu mama , tapi alg hanya mampu meluahkan rasa rindu melalui tulisan-tulisan , melalui luahan dalam hati , melalui doa yang kami panjatkan kepada mama . kitorng tahu mama dengar sebab kami semue selalu bercakap dengan mama kan ? :')  harap mama sentiasa tenang. Berehat dengan amannya dan menenangkan hati mama kerane dengan sikap kami yang agak teruk ni . alg harap mama akan maafkan semue kekasaran dan ketidaksengajaan sikap alg thadap mama..dan harapan alg supaye mama sentiase senyum seperti hari-hari yang senyuman yang alg rindukan di mase lalu , dan izinkan alg agar teruss memeluk dan cium mama walaupun dalam ape jue keadaan sekalipun:') .

hmmm,,

Kesimpulannye ,bersyukur lah ketike parents korang still ade ..
dan beruntunglah 
korang yang masih berkesempatan melihat senyuman ibu korang , beruntunglah korang yang masih boleh memeluk dan menangis di bahu ibu korang ketika korang sedang berduka hati dan berkongsi segala rasa yang ada . Beruntunglah   yang  korang masih mampu mendengar nasihat-nasihat yang sentiasa boleh membangkitkan semangat untuk korang terus hadapi apa jua rintangan dalam hidup . Jadi kenapa harus korang mensia-siakan peluang yang masih ada . Kenapa korang masih lagi tidak menghargai ibu korang dan meninggikan suara kepada ibu korang. Kenapa korang masih sanggup membiarkan setitis air mata yang jernih mengalir di pipi ibu yang telah banyak bersusah payah dan tidak pernah mengeluh apa yang dia telah korbankan ? Sebelum terlambat , sebelum dia pergi tinggalkan korang selamanya . Pergi lah , peluk dia , pergi lah bisik kan ke telinga dia yang korang sangat menyayangi dia . Jangan malu dan kenapa harus malu ? Sedangkan dengan kekasih korang , tidak pula korang merasa malu meluahkan kata-kata sayang itu . Jika  korang perlu menangis dalam meluahkan rasa sayang kepada ibu korang . Menangislah ! aku percaya dia akan menyeka air mata korang dengan kasih sayang yang menebal . Sedarlah , bila mereka dah tiada . Tiada lagi peluang untuk korang teresak-esak dalam pelukan dia dan di tenangkan dengan kasih sayang yang tulus dari hati .Hargai lah setiap saat dan setiap detik bersama dengan dia . Gembirakan hati dia selagi mampu :)


When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your Mom:)
luve u!



Sunday 22 July 2012

Kelantan delight



assalamualaikum  ..( TETIBE ) rase janggal , sebab rase nye dah lame tak stori - stori nih .. pun dah lame tak berblog nii .. al maklum la tak sempat ..bizzy je memanjang .. problem pum makin menimbul – nimbul bagai … sekarang ni pun bagai terase pening jugak kepale aku .. tapi di sebabkan aku excited nak upload gambar my parent .. so , terus tetibe je pening tu hilang .. ihihiiii

                                           jom tengok sesame jom !

 after pergi Putrajaye , tempat yang dituju seterusnye untuk mengisi kekosongan perut we all semue ialah …. Jengjengjengjeng .. ihihiiiiiiii…..
 of course la Kelantan Delight .. tempat yang selalu mama ajak aku pegi kat sini .. ye la mane tak nye  .. dah lame sesangat nak pegi tempat tu sebab nak try makanan sedap2 kat sane…  tapi disebabkan terlalu bizzy ..so x kesampaian..Tapi tak pde hari ni ,finally sampai jugak we all kat tempat ni.. ikikikii.
 selamat datang Kelantan delight ...tak sabar nak makan bile tengok bangunan ni dari luar ..ahahaaa,,alamak ! perut dah mule berbunyi menanti keisian makanan yang sedap2 nih.











                                                               teh goyang



                                                              honey dew



                                                               mocha frappe




                                                                 lycee special


                                                                 nasi dagang



                                                       nasi goreng kerabu



                                                           nasi tumpang



                                                  nasi kerabu ayam percik




                                                          roti canai sardin



                                                                  nasi goreng



                                                                   pulut durian




                                                             tupat sotong


                                                             royal plate





actually banyak lagi yang nak aku stori tapi memandangkan jam pun menunjukkan jam 7.. perkare yang paling much better yang patut aku buat ialah tido .. ihihi
tidolah wahai mate , pejam kan mate , rehatkan mindamu ,,ihihii
daaaaaaaaaa.......











Sunday 15 July 2012

berubah





                                                           Alhamdulillah..


Allah memilih aku untuk sibuk.. Sebenarnya tidaklah sibuk manapun, aku ni je kadang2 perasan sibuk.. Cuma aku perlu banyak belajar menguruskan banyak benda dalam 1 masa.. Untuk masa2 akan datang, aku yakin banyak lagi benda yang perlu aku uruskan..

Hidup kita ini hanya ada 2 pilihan.. Nak yang baik ke nak yang buruk.. Jika yang baik pilihan kita, maka Allah akan beri yang baik.. Jika kita pilih yang buruk maka Allah akan beri yang buruk.. Maka sebab itulah ada yang mengatakan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara2 yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan perkara2 yang kecil (remeh temeh)..

Jika masa kamu itu tidak diisi dengan kebaikan, maka masa kamu itu akan diisi dengan perkara keburukan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara ketaatan kepada Allah, maka masa kamu akan dihabiskan dengan kemungkaran kepada Allah..

Jika kamu memilih untuk membuka aurat, bagaimana mungkin kamu akan menutup aurat?

Begitulah..

Pilihan ditangan kita..

Nak baik ke nak buruk, terserah kamu yang menentukannya!

Alhamdulillah..

Allah memberikan post2 kepada aku untuk menguruskan program2 melibatkan ummah.. Dan pastinya ini adalah peluang bagi aku untuk membuat kebajikan dan menjadikan ianya sebagai ladang amal untuk aku.. Dan kerja aku adalah perlu banyak mengingatkan orang.. Kadang kala apa yang aku kesalkan kepada diri aku sendiri, bahawa diri aku juga perlu diingatkan, nampak macam kelakor, tetapi itulah hakikatnya.. Orang mengharapkan kita, tetapi kita pulak mengharapkan orang (senyum)..

Maafkan aku kawan, jika aku gagal dalam menjalankan amanah.. Hakikatnya itu adalah amanah dari Allah, dan aku perlu berbuat sebaiknya!.. Dan pasti aku akan melakukan sebaiknya selepas ini..





                             



Dan benda ini memang perlu!


Sesiapa yang perasan sibuk dan perasan pelupa silalah guna benda ini..

sile download dan install yer ? macam aku buat ni ..eheheh
 Letakkan ia di desktop laptop kalian.. dan tulislah benda2 penting yang perlu dilakukan.. Usahlah terlalu percaya kepada buku nota kamu.. kadang2 tertinggal kat rumah, kadang2 hilang, kadang2 jemu pakai buku tu, nak tukar buku lain pulak dah!.. Maka perkara2 penting yang kamu tulis itu pun akan terlepas pandang..

Tetapi sudah pasti kamu hari2 akan buka laptop.. 

Semoga bermanfaat!

InsyaAllah..

Saya mohon doakan saya agar mampu mengingatkan kalian jika kalian tidak ingat.. Mohon doakan saya moga saya tidak lupa dan terus2an mengingatkan kalian.. Ingat2kan dalam urusan dunia lebih2 lagi saling mengingatkan dalam urusan akhirat..

Sibuk itu kamu aturkan, jangan sibuk yang mengaturkan kamu

Aku memohon ampun kepada Allah...






s

Wednesday 13 June 2012

spend time : at Tupai -Tupai




Terkadang disebabkan terlalu sibuk mencari harta dunie sampai x ingat dunie nak spend time dengan family sendiri..ishishishh...
ehehehehhee... tak pe la cari duit  untuk susah senang  di kemudian hari...
( dalam hati bagi semangat )
alright, juz forget the past .
jom story - story , cuti sehari nih spend time dengan family aje... tiade orang lain selagi family yang aku ade..
hurmm , actually nak spend time with Mr . R tapi memandang kan die pun keje ..so , terpakse lah lupekan niat tuh .. ( sedih ) ye sedih niii :( ..
actually , memang susah nak spend time dengan Mr R  ...okeh ! STOP !
mahu cerite pasal budak nih .. tuan empunye blog ..ihihihihii



                                     







gare - gare makanan lambat sampai terpakse lah minum air dulu untuk mengalas perut yang tengah berbunyi nih... ihihi

sempat lagi nih nak posing - posing kan ? ... ehehee
seee tak ? mesti korang cakap mengade - ngade kan ? ahahahaha
posing sengaje aje tu .. memang tak de niat nak upload dekat blog pun .. ahahaha




                                                 




jom , aku kenalkan mama kesayangan aku ...
ni la Puan Nur Haslina kalau korang nak kenal laa .. haaaaa , cantik tak ? mesti laa cantik macam anak die kat sebelah tuuu ahahahaaa ( perasan ! )ihihihi walaupun Beliau seorang ibu , Beliau jugak seorang kawan aku yang paling setie taw ...
tak kire aku dalam situasi yang macam mane pun Beliau selalu ade kat tepi aku , tak lupe bagi support ..
walaupun kate - kate yang Dilemparkan Beliau membuatkan aku tersentap ...
tapi kate - kate Beliau lah yang aku sentiase ingat .. ihihi
tenq ! mama ialwaysluvyou So muchhh...


alright , mase untuk makan pun dah tibe .. marii semue makan jom .. melantak dulu ..

membesarkan badan sekalil- sekale.. ihihihii






                                                        prawn spicy



             
               
                                              kailan goreng sotong 
                                                                                               


                                   

 ikan jenahak                                                                  



bamboo lala


                                                               


                            alhamdulillah , terase tersangat -sangat kenyang sampaikan tak nak bergerak dah ... ihihihii 

percaye tak ?? tengok bill kat atas nih ..  overoll total pun dah macam tuh mane tak kenyang nye ...ihihihi


story lagi story lagi ye nanti .. mate dah ngantuk ni..
daaaaaaa...





                                                                  

Sunday 10 June 2012

kesian kucing jalanan




meoww .. meowww ..
terjumpe kucing sakit kat tepi jalan..first - firsts , aku jumpe memang takut sangat... agak seram bagai ..
nak pegang tu due tige kali pikir....tapi tibe - tibe je datang perasaan kesian kat kucing nii...hmm , haiwan ni makhluk ALLAH jugak same cam aku ... macam kite semue ..
tak salah tolong kucing kan .. cube bayang kan kite kat tempat die .. sume orang pinggirkan die ... sedih laa..sume orang nak yang cantik - cantik .. yang burok - buruk sume benci.. tak suke laa. sepak terajang layan macam sampah laa ..
 ishh ! ( dalam hati geram nih ) sape lah yang jahat sangat layan kucing nih sampai macam nih sekali !
kalau diikutkan hati nak je aku bunuh orng tuh ! nasib baik lah aku tak hilang akal lagi ..
hmmm..

tengok nii :
kesian kan ?? dah laa kurus kering .. jalan bongkok..sebab kaki patah...
kalau diperhatikan betul - betul .. dekat kaki die tuh nampak tulang jerr... kesian sangat..
nampak tak ?? tengok ekor die ... kering macam tali pun ade aku tengok.. ekor die tuh patah laa ..maybe kene pijak kot... kalau tak pun kene langgar ...
kesian ... rase nak menangis pun ade nih .. ( :'(  )
hmm, pape pun makan ye sayang ....  semoge cepat sembuh ...








TAK SALAH BERBUAT BAIK DEKAT HAIWAN .. 
KALAU SETAKAT NAK SENTUH . NAK JAGE KUCING YANG COMEL - COMEL .. YANG BURUK PULAK DISEPAK TERAJANG .. BAIK LUPEKAN !
kat mane hati dan perasaan korang kononnye suke kan kucing .. MALAH de yangberkate sayangkan kucing tapi nampak je kucing macam ni .. terus tak pandang .. haishh .. pape pun aku harap kucing nii cepat sembuh .. meowww meoww..








Friday 8 June 2012

why ladies need to be very AFRAID .





Fuh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita perempuan yang hampir diculik dekat carpark The Curve , sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.



Okay sekarang... Kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... my word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai farthiara? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar aku beri pencerahan kenapa aku suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project , perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi -_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.ihihiii ..