Tuesday 14 August 2012

beri aku peluang untuk terus memeluk mama





 
Hye hye dear friend yang cantik dan kacak semuanya :D Bagaimana hari-hari korang ? Ade baik tak ? Harap-harap semua nya baik-baik jer . Ade pun yang tengah bersedih sekarang . Sentiasa ingat yang Allah itu selalu ada bersama kita tak kire waktu . Okay entry aku kali ni bukan untuk cinta kepada kekasih . Tetapi cinta kepada mereka yang bergelar ibu . Kalau korang perasan dah kenapa tajuk entry aku kali ni panjang lebar . Ohoii , nak tahu ? so teruskan membace . Jumpa selepas commercial break . Hahaha , ada rasa nak tarik telinga orang tak ? :p

Okay , bagi aku lah kan . Bukan satu hari je dalam setahun hari ibu , tetapi setiap hari pun hari ibu . Bukan dalam setahun sekali je kita kene hargai ibu tapi setiap saat kita kene hargai mereka . Jasa mereka tak mungkin kita mampu balas . Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka . Kita tak mungkin mampu menjadi setabah seorang ibu , sekuat seorang ibu sehinggalah kita sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu .

Ambil lah peluang untuk menghargai ibu korang selagi dia masih bernafas . Selagi korang mampu melihat dia tersenyum . Kucup lah dahi ibu selagi korang mampu . Peluk lah ibu selagi korang mampu . Jangan sampai nanti korang mengucup ibu korang pada pertama kali dan terakhir kalinya ketika jasad ibu korang hendak dikafankan . Sebelum semuanya terlambat , sebelum korang merintih untuk memeluk dan mengucup mereka setelah mereka tiada , jadi ambil lah peluang yang korang masih ada . Ingat lah , ibu tak sentiasa akan bersama kita .

Sesungguhnya , tiada sutera yang paling lembut melainkan belaian seorang ibu , dan tidak ada tempat yang paling selesa melainkan pangkuan ibu . Ibu tak meminta korang untuk hadiahkan dia barangan yang berharga . Dia hanya mahukan anak yang soleh dan solehah supaya saat dia sudah tiada di dunia nanti . Korang lah orang yang dapat membantu dan menyelamatkan dia untuk ketenangan dia di alam sana dengan sentiasa mendoakan dia dan sentiasa sedekahkan dia dengan ayat-ayat suci al-Quran .

 " MAMA "

" Tak mungkin saya ( alg ) mampu menghitung kasih sayang mama kepada kami adik beradik . Selama sembilan bulan mama mengandungkan kami dengan sabar dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami . Malah , mama cukup tabah ketika atuk pergi tinggalkan kita semua untuk selama-lamanya . Cukup kuat mama menggalas tanggungjawab seorang ibu dan juge sebagai anak dalam satu masa . Sungguh , alg tak tahu adakah alg mampu menjadi setabah mama . Mama wanita yang paling tabah dan hebat yang alg pernah kenal . alg rindu mama , tapi alg hanya mampu meluahkan rasa rindu melalui tulisan-tulisan , melalui luahan dalam hati , melalui doa yang kami panjatkan kepada mama . kitorng tahu mama dengar sebab kami semue selalu bercakap dengan mama kan ? :')  harap mama sentiasa tenang. Berehat dengan amannya dan menenangkan hati mama kerane dengan sikap kami yang agak teruk ni . alg harap mama akan maafkan semue kekasaran dan ketidaksengajaan sikap alg thadap mama..dan harapan alg supaye mama sentiase senyum seperti hari-hari yang senyuman yang alg rindukan di mase lalu , dan izinkan alg agar teruss memeluk dan cium mama walaupun dalam ape jue keadaan sekalipun:') .

hmmm,,

Kesimpulannye ,bersyukur lah ketike parents korang still ade ..
dan beruntunglah 
korang yang masih berkesempatan melihat senyuman ibu korang , beruntunglah korang yang masih boleh memeluk dan menangis di bahu ibu korang ketika korang sedang berduka hati dan berkongsi segala rasa yang ada . Beruntunglah   yang  korang masih mampu mendengar nasihat-nasihat yang sentiasa boleh membangkitkan semangat untuk korang terus hadapi apa jua rintangan dalam hidup . Jadi kenapa harus korang mensia-siakan peluang yang masih ada . Kenapa korang masih lagi tidak menghargai ibu korang dan meninggikan suara kepada ibu korang. Kenapa korang masih sanggup membiarkan setitis air mata yang jernih mengalir di pipi ibu yang telah banyak bersusah payah dan tidak pernah mengeluh apa yang dia telah korbankan ? Sebelum terlambat , sebelum dia pergi tinggalkan korang selamanya . Pergi lah , peluk dia , pergi lah bisik kan ke telinga dia yang korang sangat menyayangi dia . Jangan malu dan kenapa harus malu ? Sedangkan dengan kekasih korang , tidak pula korang merasa malu meluahkan kata-kata sayang itu . Jika  korang perlu menangis dalam meluahkan rasa sayang kepada ibu korang . Menangislah ! aku percaya dia akan menyeka air mata korang dengan kasih sayang yang menebal . Sedarlah , bila mereka dah tiada . Tiada lagi peluang untuk korang teresak-esak dalam pelukan dia dan di tenangkan dengan kasih sayang yang tulus dari hati .Hargai lah setiap saat dan setiap detik bersama dengan dia . Gembirakan hati dia selagi mampu :)


When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your Mom:)
luve u!



No comments:

Post a Comment