Saturday 25 August 2012

manusie tak pernah puas


 
Aku bernafas di bumi DIA , Aku jejak di bumi DIA , aku bernyawa menggunakan oxygen DIA ,
Aku merasa nikmat udara dari DIA , aku melihat pandangan yang cantik dari DIA . Aku merasa nikmat hidup dari DIA . Segala yang ada pada aku pinjaman dari DIA . Segala-galanya dari DIA . Sesungguhnya hidup dan mati aku hanya kerana ALLAH .








Fuhhh fuhhhh fuhhh ~ *apa tu ? Erk , halau habuk yang bertenggek dekat rumah aku ni . Hehe . Hari tu lupa nak lap lap kasi berkilat sebab tu korang baca sambil bersin-bersin kan ? hewhew *ketawasopan . Okay , kepala sedang kosong sebenarnya ... Tapi aku ada satu benda yang aku nak sampaikan . Jeng jeng jeng ! Apa diaaaaaaa ?

Tentang hargai apa yang ada sekarang . Saat korang tengah mengeluh tentang hidup korang sekarang fikirkan seseorang yang tak punya apa-apa . *nadaserius sambil buke mata luas-luas . Kita selalu dengar orang mengeluh " Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya boleh family macam diorang , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia , Kalaulah saya secantik/sekacak dia , Kalaulah rumah saya besar macam dia , Kalau lah saya dapat mak ayah sporting macam diorang " dan macam-macam lagi . Habis , penampar tak nak *sambil cekak pinggang .

Apa yang kita nak dalam dunia ni , tak semestinya kita dapat . Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada . Bila korang mengeluh "Kalaulah saya dapat pasangan macam tu , Kalaulah saya dapat suami sebaik dia " fikirkan orang yang masih mencari-cari teman hidup . Yang masih mengharapkan seseorang untuk disayangi dan menyayangi , masih mengharapkan seseorang yang hadir dalam hidup dia untuk hiburkan hari-hari dia . Apa yang di tentukan oleh kita adalah sebaik-baiknya . Mungkin ada kelebihan pasangan kita yang kita tak nampak . Lebih baik kita selami hati perasaan pasangan kita daripada kita mengharapkan yang lebih sempurna . Sebab dalam dunia ni tak ada yang sempurna wahai cik adik cik abang :) . Bagi yang masih mencari terutamanya perempuan , jangan merendahkan martabat kamu sebagai seorang wanita demi cinta . Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik untuk hambanya . Pasti akan ada jodoh yang terbaik untuk kamu .

Yang paling teruk sekali orang yang mengeluh , " Kan best kalau saya ada family macam dia , kan best kalau saya ada ibubapa sporting macam dia " Alahai ~ aku dengan bangga nya disini . *berdiri atas meja sambil angkat tangan sebelah macam shin chan nak bagitau yang , orang yang berkata2 macam ni lah yang paling malang . Sebelum tak bersyukur dengan apa yang korang ada , fikirkan orang yang hidup sebatang kara tanpa keluarga ? Yang terpaksa sara hidup seorang diri . Yang tak punyai ibubapa . Yang terpaksa duduk di rumah anak-anak yatim ? Kenapa kita sering tak bersyukur ? Kenapa ? *tercungap-cungap marah . Daripada kita cakap macam tu , cuba eratkan diri dengan keluarga . Cuba fahami adik beradik kita sendiri , cuba jaga hati mak ayah kita sebelum dia menutup mata untuk selamanya . Masa tu jangan nak meraung nak mintak mak ayah kembali sebab dia tak kan kembali . Sesungguhnya tak ada ibubapa yang tak sayang anak-anak dan tak ada ibubapa yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak dia .

Bila korang mengeluh kalau lah " saya punya rumah sebesar rumah dia " cuba fikirkan orang-orang yang berada di jalanan . Tanpa tempat berlindung . Yang berada di bawah-bawah jambatan , di kaki-kaki lima . Walaupun rumah sederhana besar ,  kecil tapi sudah cukup untuk kita hidup bukan ? Apa guna berada dalam rumah besar tetapi berada dalam bahaya ? tanpa ketenangan dan sunyi ?Biar rumah kecil tapi kita tetap rasa bahagia di samping Allah dan keluarga .

Zaman sekarang , orang yang dah kaya , kalau boleh nak kaya lagi ! Sampai sanggup abaikan keluarga sendiri demi kekayaan yang tak pernah puas mereka miliki . Ada juga yang sanggup lakukan benda-benda haram untuk duit . Terlalu mengejar dunia , tanpa berfikir semua itu adalah sementara . Duit tak boleh bawa masuk kubur *volume 100 , Ingat tu . Harta juga tak kan membantu kita masa di akhirat kelak . Bersyukurlah dengan apa yang ada . Jangan terlalu tamak . Manusia yang baik ialah dia tidak lupa urusan akhirat kerana dunianya , dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya :) .

Hakikatnya , manusia memang tak pernah puas . Memang tak salah mengharapkan yang lebih baik . Tapi berpada-pada . Tengok juga pada situasi . Dalam dunia ni tak semua bernasib baik . Pelbagai cerita yang ada di sebalik kesibukan dunia sekarang . Daripada kita mengeluh yang bukan-bukan . Apa salahnya kita mengucapkan syukur atas apa yang kita perolehi . Dan minta kepada Tuhan supaya aturkan yang terbaik untuk hidup kita :)

Sesungguhnya aku ( saye )sedang menasihati korang, bukanlah bererti aku nii yang terbaik dalam kalangan korang - korang semue . Bukan juga yang paling solehah dalam kalangan korang sekalian , kerana aku jugak pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan korang semua ..hmm .. Apa salahnya jika kite saling ingat-mengingati .

# Terima kasih kepade sesiape yang sudi membaca dan support aku punye blog . I do love you guys . Kalau sudi follow lah aku punye twitter . aku selalu di sana  KLIK UNTUK FOLLOW  https://twitter.com/farthiara.. atau pon korang boleh tekan burung biru yang berterbangan dekat wall blog aku ni..:))

Tuesday 14 August 2012

beri aku peluang untuk terus memeluk mama





 
Hye hye dear friend yang cantik dan kacak semuanya :D Bagaimana hari-hari korang ? Ade baik tak ? Harap-harap semua nya baik-baik jer . Ade pun yang tengah bersedih sekarang . Sentiasa ingat yang Allah itu selalu ada bersama kita tak kire waktu . Okay entry aku kali ni bukan untuk cinta kepada kekasih . Tetapi cinta kepada mereka yang bergelar ibu . Kalau korang perasan dah kenapa tajuk entry aku kali ni panjang lebar . Ohoii , nak tahu ? so teruskan membace . Jumpa selepas commercial break . Hahaha , ada rasa nak tarik telinga orang tak ? :p

Okay , bagi aku lah kan . Bukan satu hari je dalam setahun hari ibu , tetapi setiap hari pun hari ibu . Bukan dalam setahun sekali je kita kene hargai ibu tapi setiap saat kita kene hargai mereka . Jasa mereka tak mungkin kita mampu balas . Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka . Kita tak mungkin mampu menjadi setabah seorang ibu , sekuat seorang ibu sehinggalah kita sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu .

Ambil lah peluang untuk menghargai ibu korang selagi dia masih bernafas . Selagi korang mampu melihat dia tersenyum . Kucup lah dahi ibu selagi korang mampu . Peluk lah ibu selagi korang mampu . Jangan sampai nanti korang mengucup ibu korang pada pertama kali dan terakhir kalinya ketika jasad ibu korang hendak dikafankan . Sebelum semuanya terlambat , sebelum korang merintih untuk memeluk dan mengucup mereka setelah mereka tiada , jadi ambil lah peluang yang korang masih ada . Ingat lah , ibu tak sentiasa akan bersama kita .

Sesungguhnya , tiada sutera yang paling lembut melainkan belaian seorang ibu , dan tidak ada tempat yang paling selesa melainkan pangkuan ibu . Ibu tak meminta korang untuk hadiahkan dia barangan yang berharga . Dia hanya mahukan anak yang soleh dan solehah supaya saat dia sudah tiada di dunia nanti . Korang lah orang yang dapat membantu dan menyelamatkan dia untuk ketenangan dia di alam sana dengan sentiasa mendoakan dia dan sentiasa sedekahkan dia dengan ayat-ayat suci al-Quran .

 " MAMA "

" Tak mungkin saya ( alg ) mampu menghitung kasih sayang mama kepada kami adik beradik . Selama sembilan bulan mama mengandungkan kami dengan sabar dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami . Malah , mama cukup tabah ketika atuk pergi tinggalkan kita semua untuk selama-lamanya . Cukup kuat mama menggalas tanggungjawab seorang ibu dan juge sebagai anak dalam satu masa . Sungguh , alg tak tahu adakah alg mampu menjadi setabah mama . Mama wanita yang paling tabah dan hebat yang alg pernah kenal . alg rindu mama , tapi alg hanya mampu meluahkan rasa rindu melalui tulisan-tulisan , melalui luahan dalam hati , melalui doa yang kami panjatkan kepada mama . kitorng tahu mama dengar sebab kami semue selalu bercakap dengan mama kan ? :')  harap mama sentiasa tenang. Berehat dengan amannya dan menenangkan hati mama kerane dengan sikap kami yang agak teruk ni . alg harap mama akan maafkan semue kekasaran dan ketidaksengajaan sikap alg thadap mama..dan harapan alg supaye mama sentiase senyum seperti hari-hari yang senyuman yang alg rindukan di mase lalu , dan izinkan alg agar teruss memeluk dan cium mama walaupun dalam ape jue keadaan sekalipun:') .

hmmm,,

Kesimpulannye ,bersyukur lah ketike parents korang still ade ..
dan beruntunglah 
korang yang masih berkesempatan melihat senyuman ibu korang , beruntunglah korang yang masih boleh memeluk dan menangis di bahu ibu korang ketika korang sedang berduka hati dan berkongsi segala rasa yang ada . Beruntunglah   yang  korang masih mampu mendengar nasihat-nasihat yang sentiasa boleh membangkitkan semangat untuk korang terus hadapi apa jua rintangan dalam hidup . Jadi kenapa harus korang mensia-siakan peluang yang masih ada . Kenapa korang masih lagi tidak menghargai ibu korang dan meninggikan suara kepada ibu korang. Kenapa korang masih sanggup membiarkan setitis air mata yang jernih mengalir di pipi ibu yang telah banyak bersusah payah dan tidak pernah mengeluh apa yang dia telah korbankan ? Sebelum terlambat , sebelum dia pergi tinggalkan korang selamanya . Pergi lah , peluk dia , pergi lah bisik kan ke telinga dia yang korang sangat menyayangi dia . Jangan malu dan kenapa harus malu ? Sedangkan dengan kekasih korang , tidak pula korang merasa malu meluahkan kata-kata sayang itu . Jika  korang perlu menangis dalam meluahkan rasa sayang kepada ibu korang . Menangislah ! aku percaya dia akan menyeka air mata korang dengan kasih sayang yang menebal . Sedarlah , bila mereka dah tiada . Tiada lagi peluang untuk korang teresak-esak dalam pelukan dia dan di tenangkan dengan kasih sayang yang tulus dari hati .Hargai lah setiap saat dan setiap detik bersama dengan dia . Gembirakan hati dia selagi mampu :)


When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your Mom:)
luve u!