Sunday 15 July 2012

berubah





                                                           Alhamdulillah..


Allah memilih aku untuk sibuk.. Sebenarnya tidaklah sibuk manapun, aku ni je kadang2 perasan sibuk.. Cuma aku perlu banyak belajar menguruskan banyak benda dalam 1 masa.. Untuk masa2 akan datang, aku yakin banyak lagi benda yang perlu aku uruskan..

Hidup kita ini hanya ada 2 pilihan.. Nak yang baik ke nak yang buruk.. Jika yang baik pilihan kita, maka Allah akan beri yang baik.. Jika kita pilih yang buruk maka Allah akan beri yang buruk.. Maka sebab itulah ada yang mengatakan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara2 yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan perkara2 yang kecil (remeh temeh)..

Jika masa kamu itu tidak diisi dengan kebaikan, maka masa kamu itu akan diisi dengan perkara keburukan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara ketaatan kepada Allah, maka masa kamu akan dihabiskan dengan kemungkaran kepada Allah..

Jika kamu memilih untuk membuka aurat, bagaimana mungkin kamu akan menutup aurat?

Begitulah..

Pilihan ditangan kita..

Nak baik ke nak buruk, terserah kamu yang menentukannya!

Alhamdulillah..

Allah memberikan post2 kepada aku untuk menguruskan program2 melibatkan ummah.. Dan pastinya ini adalah peluang bagi aku untuk membuat kebajikan dan menjadikan ianya sebagai ladang amal untuk aku.. Dan kerja aku adalah perlu banyak mengingatkan orang.. Kadang kala apa yang aku kesalkan kepada diri aku sendiri, bahawa diri aku juga perlu diingatkan, nampak macam kelakor, tetapi itulah hakikatnya.. Orang mengharapkan kita, tetapi kita pulak mengharapkan orang (senyum)..

Maafkan aku kawan, jika aku gagal dalam menjalankan amanah.. Hakikatnya itu adalah amanah dari Allah, dan aku perlu berbuat sebaiknya!.. Dan pasti aku akan melakukan sebaiknya selepas ini..





                             



Dan benda ini memang perlu!


Sesiapa yang perasan sibuk dan perasan pelupa silalah guna benda ini..

sile download dan install yer ? macam aku buat ni ..eheheh
 Letakkan ia di desktop laptop kalian.. dan tulislah benda2 penting yang perlu dilakukan.. Usahlah terlalu percaya kepada buku nota kamu.. kadang2 tertinggal kat rumah, kadang2 hilang, kadang2 jemu pakai buku tu, nak tukar buku lain pulak dah!.. Maka perkara2 penting yang kamu tulis itu pun akan terlepas pandang..

Tetapi sudah pasti kamu hari2 akan buka laptop.. 

Semoga bermanfaat!

InsyaAllah..

Saya mohon doakan saya agar mampu mengingatkan kalian jika kalian tidak ingat.. Mohon doakan saya moga saya tidak lupa dan terus2an mengingatkan kalian.. Ingat2kan dalam urusan dunia lebih2 lagi saling mengingatkan dalam urusan akhirat..

Sibuk itu kamu aturkan, jangan sibuk yang mengaturkan kamu

Aku memohon ampun kepada Allah...






s

No comments:

Post a Comment