aku adalah aku!!!
apabila difitnah, dimusuhi
aku mengambil keputusan untuk diam
lalu aku jadikan janji pada diri ini
aku harus lebih baik dari saat ini
aku tak ingin merosakkan hatiku
aku memilih untuk menangis sepuas-puasnya
lalu diri ini tertidur
apabila pagi menjengah, datang segala pedih
bagai badai dilambung ombak tatkala dibuai mimpi
aku tak perlu menghabiskan masa dan energi untuk membalas dendam
kerana tanpa SEMUA ini
kita tidak akan pernah terdorong dengan paksaan
untuk terus bertahan dan terus belajar
setiap yang baik akan membawa seikat pujian atau setaman cemohan
kerana keseimbangan yang membuat kita lebih berhati-hati
inilah guru kehidupan yang membuat manusia terus berkaca sehingga
tak lupa diri dan juga terus belajar memahami
segala cuaca hati di muka bumi....
No comments:
Post a Comment